Pekerjaan...
Pekerjaan...
Dari Disember 2004, saya mula bekerja di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur sehinggala sekarang sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17.
Inilah bangunan pejabat saya dan logo bahagian saya.
Pengalaman kerja
Sebelum bekerja tetap di Kementerian Kesihatan Malaysia ni,saya pernah bekerja sebagai Pembantu Jualan/ Juruwang di Guardian Pharmacy, Mid Valley Megamall, Tele-Marketing Executive di MK Land Holdings. Kamu tau tidak, bila diingat kembali, jika diundur masa taknak saya kerja ni sebab saya kerja jual pakej percutian ke Bukit Merah Laketown Resort dan Langkawi Lagoon melalui telefon. Banyak pengalaman ngeri, pahit dan manis seperti dimarahi oleh orang yang saya nk offer pakej percutian tu. huhu..Seterusnya, saya pernah bekerja di Golden Screen Cinemas Mid Valley Megamall sebagai penjual tiket wayang. Pengalaman disini menarik kerana selalu boleh tengok wayang percuma. Semua filem baru saya dapat tengok. Walaubagaimanapun, kerja ni sesuai untuk kerja sambilan sahaja.
No comments:
Post a Comment